Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin menerusi hantaran dalam Facebook beliau memaklumkan mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor, Ketereh, Kelantan.<br /><br />Beliau dimaklumkan, beberapa murid mengalami kecederaan akibat tangki pecah yang menimpa laluan pejalan kaki di sekolah tersebut.
